Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Seputar Indonesia di RCTI
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Seputar Indonesia



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Sunday, 4-Feb-2007 15:14
TV Indonesia
Ini gambar-gambar yang diambil sebelum kuberpindah dari JB ke KL tempoh hari. Tinggal di JB dilimpahi dengan stesen-stesen TV percuma dari Singapura dan Indonesia, di samping TV-TV Malaysia sendiri. Siaran TV Indonesia yang terjangkau ke Johor dipancar dari Pulau Batam, Wilayah Kepulauan Riau. Sehinggakan sesetengah orang mengatakan penguasaan Astro adalah paling rendah di Johor jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain di Malaysia.



RCTI - Rajawali Citra Televisi Indonesia adalah stesen TV terpopular Indonesia, bagi sesetengah orang. Antara rancangan menarik di RCTI ialah Indonesian Idol. Aku hanya layan musim pertama dulu apabila Joy Tobeng yang berketurunan Batak memenanginya. Delon yang menjadi kegilaan wanita mendapat tempat kedua walaupun ramai mempertikaikan kedudukannya.

Juga kulayan Hikmah 1 dan Hikmah 2 di bulan puasa. Bermula pada 2004, secara tidak sengaja, kuikut jalan cerita ini ketika menonton TV semasa berbuka puasa. Pada tahun itu, waktu Maghrib di Jakarta sama dengan waktu di JB. Astro Ria hanya menyiarkan setahun selepas itu (kubercerita kisah Hikmah ke rakan pejabat yang belum menonton...)

Dulu, selepas sembahyang Jumaat, ada filem seram di RCTI. Yang paling popular adalah filem Sundel Bolong lakonan Suzzanna. Yang paling lawak Sundel Bolong memberi nasihat kepada orang jahat,

"Berbaktilah kamu kepada agama, bangsa dan negara!" LOL LOL LOL



Aku kurang layan SCTV - Surya Citra Televisi. Namun berita Liputan 6-nya sangat menarik dengan slogannya Tajam, Aktual dan Terpercaya. Paling meruntun jiwa apabila mengikuti siri bencana alam di Indonesia yang tak sudah-sudah sejak 2004 lagi. Teringat mangsa tsunami di Aceh menggunakan saluran TV untuk berhubung dengan ahli keluarga apabila talian perhubungan lain terputus. :-(

Sekarang ini tengah hangat dengan sinetron Intan. Tentu kalau masuk Malaysia, semua orang akan terikat dengan drama siri ini. Lagu dia pun 'berhantu'. Bawang Merah Bawang Putih pun tersiar di rangkaian ini juga. Dulu ku tidak layan Bawang Merah Bawang Putih ini. Cuma apabila masuk Malaysia dengan promosi paling ramai penontonnya, adalah layan sikit-sikit... :-> Begitu dengan juga siri Kiamat Sudah Dekat.



TPI - Televisi Pendidikan Indonesia merupakan rangkaian yang agak kurang jelas siarannya di JB. Namun masih boleh ditonton. Yang paling kusuka ialah rancangan Gentanyangan yang disiarkan setiap malam Jumaat. Ini adalah rancangan ala Seekers tu tapi tak 'over' macam Uncle Seekers itu. Peserta tidak dikacau dengan pelbagai persoalan tetapi dibiarkan berkeseorangan dan selepas habis tempoh waktunya, barulah diceritakan pengalaman. Yang paling ekstrim ialah bomoh-bomoh yang dijemput akan memuja hantu-hantu dahulu supaya lebih 'real'.



Indosiar adalah satu rangkaian baru yang dapat ditangkap di JB. Ku tidak tahu bila bermula siarannya di Batam. Indosiar terkenal dengan Akademi Fantasi Indosiar (AFI). Tidak dapat kutonton kerana musim baru masih belum bermula. Hikmah 3 juga disiarkan di Indosiar setelah beralih arah dari RCTI. Ramai orang JB tertanya-tanya kenapa Hikmah tidak disambung, rupanya disiarkan di Indosiar. (Terima kasih buat http://www.tamanmuslim.co.nr/(Erwin) yang tidak jemu mengemaskini berita dari Indonesia untukku.)

Selain itu ada juga Trans TV yang sinonim dengan kolaborasinya dengan TV3. Bagaimanapun, sejak tsunami tempoh hari, kualiti siarannya di JB sangat teruk. Trans TV juga menyiarkan TV realiti yang sama seperti Gentayangan yang bertajuk Dunia Lain. Rancangan ini lebih menarik kerana lebih 'real'. Pernah kutonton pesertanya tergantung di awangan kerana dikatakan diangkat makhluk halus. Ironinya, menurut dukun, yang menyerangnya adalah jin Islam. Dia juga tak habis-habis berzikir. Setelah diperiksa, dia memakai tangkal... Untuk pengetahuan, Dunia Lain memenangi Anugerah Televisyen Asia tahun lepas bagi kategori Rancangan TV Realiti.

Trans TV juga banyak menyiarkan rancangan atau konsert Siti Nurhaliza. Banyak artis Indonesia cuba bercakap slanga KL apabila bercakap dengan Siti. Jadinya - Malesiye, Siti Nurhalize... :-D

Ada juga siaran tempatan Batam iaitu Semenanjung Televisi (STV). Ini adalah rangkaian khusus etnik Melayu di Kepulauan Riau. Banyaklah lagu-lagu tradisional Melayu Riau tersiar di rangkaian ini.

Entri-entri berkaitan TV Indonesia yang lebih lanjut boleh dibaca http://strozze.blogspot.com/search/label/TV(di sini). :-> :-D

Makasih mbak Yuni atas penjelasanmu. :-> Saya kemaren masih keliru, SCTV atau RCTI. Rupanya kok BPBM dan Intan disiarin di RCTI.

© Pidgin Technologies Ltd. 2016