Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Sedia!
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Sedia



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Saturday, 14-Apr-2007 01:40
F1 2007
Aku ini sebenarnya bukan peminat F1. Seperti biasa, tahun ini aku kena pergi lagi. Bermacam alasan kuberi namun kuterpaksa pergi jua.

Namun, aku positif. Boleh juga ambil gambar tahun ini. Lagipun, pemandu sensasi McLaren, Hamilton telah membuat kejutan di Melbourne. Hmm, boleh juga, tentu agak menarik.

Hari Khamis sebelum perlumbaan, aku memulakan kelas gim aku. Pelatih aku bukan main lagi mencabar aku untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang berat. Katanya, perempuan boleh buat, kenapa aku tak boleh buat.

Setelah balik, tangan kananku sudah tidak boleh diluruskan lagi. Ah, sudah mengeras dan sakit! Kelakar pun ada sebab aku berjalan macam robot di Taman KLCC semasa hendak pergi makan tengah hari. :-D

Malamnya aku main futsal lagi. Masa main tak rasa apa-apa pun. Tapi selepas bangun dari tidur keesokannya, wah, makin teruk tanganku ini. Kedua-dua belah sekarang tak boleh diluruskan. :-O

Pagi itu, selepas seketika duduk di meja menaip di papan kekunci, tanganku semakin menjadi-jadi 'robot'nya. Aku tak tahan lagi lalu aku ke klinik. Doktor di situ semacam perli aku saja. "Nak jadi hero ke?" tanyanya. Aku tersengih saja. :-> Dia beri aku krim sapu dan pil penenang otot.

Aku telan saja pil itu. Petangnya sakit itu masih belum hilang. Pada malamnya, seorang kawan mengajak makan di Taman Permata. Aku dengan tangan robot ini dengan selambanya memandu ke sana. Nasib baik ada 'power steering'... :->

Semasa makan, aku tak tahu kenapa aku asyik dahaga saja. Fikirku, mungkin sebab aku terlalu lebih 'exercise'. Tiga gelas air kupesan - Teh Halia, Horlick Ais, Air Suam. Sesudah makan, tanganku menjadi semakin sakit. Kini otot-otot lain juga sama sakit termasuklah otot peha dan perut.

Pagi besoknya, apabila aku bangun dari tidur, sakitku makin teruk. Jalan pun dah terbongkok sebab otot perutku tidak boleh diregangkan lagi. Aku buntu. Kenapa sampai macam ini? Takkan latihan sebegitu boleh buat aku jadi sebegini.

Tengah hari itu, aku rasa mahu ke bilik air. Kudapati air kencingku sudah pekat dan warnanya macam Teh Halia malam tadi. :-O Aku risau. Macam-macam kufikir. Baru aku teringat, aku belum ke tandas lagi sejak dari pagi tadi walaupun banyak minum air!

Aku pun minum banyak air lagi supaya keluar semua toksin itu. Fikirku, mungkin badanku menolak pil penenang otot itu. Dua jag aku minum air. Berat badan pun naik empat kilo! Selang sejam, aku mulai kerap ke tandas. Kulihat air kencing sudah pun kembali jernih setelah banyak kali ke tandas.

Malam itu, aku berharap semua ini berakhir supaya aku dapat ke F1 keesokannya. Tadi pun kuberikan tiket untuk menyaksikan sesi kelayakan ke seorang rakan sepejabat.

Besoknya, aku berasa lega sedikit. Walaupun masih sakit, aku rasa dah boleh berjalan. Kebetulan rakan sepejabat semalam yang ambil tiketku tidak mahu ke perlumbaan sebenar pada Ahad, aku mendapat satu tiket lebih. Lalu aku telefon seorang kawan lain dan mengajaknya ke sana. Sebagai 'trade-off', kucadangkan dia saja yang memandu keretanya. Aku tidak sanggup bersesak di Sepang nanti. Lagipun, keretaku manual.

Kami sampai di sana walaupun bertolak lambat dan terperangkap dalam kesesakan hampir dua jam. Keputusannya sungguh menarik kerana McLaren mendapat dua tempat teratas dan paling manis dapat memotong Ferrari di selekoh pertama. LOL

OKlah, tahun depan kalau ada rezeki datang lagi. Gambar pula tak banyak tahun ini kerana kondisiku ini... ;-)








© Pidgin Technologies Ltd. 2016