Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Asian Civilisations Museum
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Asian Civilisations



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Sunday, 30-Dec-2007 11:41
Singapore Trip - Boat Quay
Boat Quay terletak di tebing Sungai Singapura, tidak jauh dari muara sungai yang menempatkan Merlion. Di seberang Boat Quay, ada patung Sir Stamford Raffles, pengasas dunia moden Singapura, yang terletak di depan Asian Civilisations Museum.

Dulu, dek ketidaktahuan seperti orang lain, seringkali aku menyebut Quay sebagai 'kuey', macam juga satu tempat lagi di sini iaitu Clark Quay menjadi 'Klark Kuey'. Quay sepatutnya disebut sebagai 'ki'. Kini di Bandar Sunway, Sunway turut membangunkan sebuah projek yang dinamakan South Quay. Tentu orang menyebut 'South Kuey'. Nama ini mencetus kontroversi kerana di situ, istilah Quay tidak tepat dengan keadaan tempat itu. Malahan ada yang mencadangkan supaya para pemaju hartanah di Malaysia menggunakan nama yang tidak 'fancy' dan perlu lebih mengutamakan nama tempatan.

Berbalik kepada Boat Quay, di sinilah dulu para pendayung sampan berlabuh dan berdagang. Kini kedai-kedai lama di situ menjadi deretan restoran. Ada sebuah restoran Minang di situ yang masakannya masih asli yang dipanggil Sinar Pagi. Namun restoran ini tidak mengadap sungai tetapi terletak di deretan kedai belakang di Circular Road. Penah kubawa seorang kawan dari Padang dan dia mengakui kualiti di sini sama seperti di tempat asalnya. Pemiliknya memang orang Padang yang telah lama menetap di sini. Kawanku itu cuba bercakap dalam loghat Minang dengan seorang anaknya tetapi dia tidak mampu bertutur kerana sudah membesar di Singapura.








© Pidgin Technologies Ltd. 2016