Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Makanan tradisional Viet Nam
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Makanan tradisional



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 13-Aug-2008 01:27
Vietnam Trip Part X - Jalan-Jalan ke Hoi An
Setelah bosan bermesyuarat di hotel, nasib baik ada aktiviti luar. Kami ke Hoi An.

Pertama kali ke sana pada waktu malam konon-konon nak tengok Festival Bulan Mengambang di sana. Alih-alih bulan tak muncul. Di sini memang banyak awan (http://strozze.fotopages.com/?entry=1629278&back=http://strozze.fotopages.com/?page=0(lihat entri terdahulu)). Semasa festival ini, lilin-lilin yang diletakkan di atas hiasan daun teratai dan dihanyutkan ke sungai. Pada malam itu juga, tidak banyak kelihatan bot-bot atau perahu-perahu kecil di sungai yang menghanyutkan lilin-lilin tersebut. Mungkin bulan tak kelihatan agaknya.


Not-so-Full Moon Festival at Hoi-An

Kebetulan aku duduk semeja sewaktu makan malam dengan salah seorang penganjur berasal dari Thailand, aku komplain kepadanya. Bukannya marah, tapi sekadar berlawak. Sebelum ke sana, dia menjanjikan yang terbaik. Namun katanya dia tak mampu mengawal bulan. Karakternya bersahaja namun lawak. Maklumlah dia sebenarnya orang yang terkenal di Thailand. Beliau sering muncul di kaca TV di sana membuat lawak dan juga talk show. Penonton sanggup membayar mahal mendengar celotehnya.

Bercakap pasal makan, seperti entri terdahulu, kukatakan di sini setiap kali makan ada bab* :->. Bila dibakar daging special itu, maka menerawanglah aroma kurang mengasyikkan ke lubang hidung.. Isyk... :-S LOL Aku duduk semeja bersama sekumpulan orang Indonesia yang perlukan special arrangement. Seorang rakan dari situ tak berselera nak makan. Alih-alih duk gelak je buat lawak.. :-D

Berbalik kepada Hoi An, bandar ini merupakan salah satu World Heritage Site, macam Melaka dan Pulau Pinang yang baru dapat tu. Di sini merupakan kota purba yang pernah menjadi pelabuhan entreport dan maritim utama dahulu yang juga merupakan salah satu persinggahan penting laluan rempah. Di sini menjadi tumpuan para backpackers menikmati makanan, shopping dan aktiviti-aktiviti laut. Kami ke sana kali kedua di waktu petang kerana ada pertandingan ala-ala mencari harta karun di situ.


Jual tanglung di Hoi An di malam hari


Jual tanglung di Hoi An di siang hari


Seorang pekedai membuat tanglung.


Tukang jahit di Hoi An


Wisel tanah liat pelbagai bentuk termasuklah bab*...


Makanan tradisional Vietnam. Tak tahu apa di dalamnya. Yang macam kayu tu wangi bau dia.


Hanya boleh berjalan kaki dan berbasikal di sini


Local specialty - Cao Lau. Yang ni pun ada bab*...


Masih cara lama menggunakan kandar. Macam ni agaknya bawak nasi kandar dulu...


Jambatan Bertutup Jepun dibina pada zaman pendudukan Jepun.

Di sini juga terletak Pulau Cham yang sungguh bersejarah yang terkait dengan bangsa Melayu kita. Dulu, Da Nang dipanggil Indrapura dan di sini adalah pusat kegemilangan kerajaan Hindu-Buddha Champa. Mengikut salah-satu teori yang berasaskan tinggalan sejarah, orang Melayu berasal daripada orang Champa.

Mengikut sejarah, kerajaan Champa telah dikalahkan kerajaan Viet Nam dan pemerintah terakhirnya bersama-sama rakyat telah lari ke Kemboja (Cambodia) dan berpusat di tebing Sungai Mekong yang dipanggil Kampong Cham. Jika dilihat daripada nama tempat di sini, bahasa Cham dan bahasa Melayu mempunyai persamaan. Memang ada beberapa perkataan lain yang sama seperti sungai, banyak, ikan dan orang. Ada juga yang lari ke Terengganu, Kelantan dan wilayah-wilayah Selatan Thai dan juga ke utara iaitu ke Pulau Hainan, China.

Walau bagaimanapun, tidak semua yang ikut lari dan masih tinggal di Viet Nam. Selain Pulau Cham, ada juga yang masih tinggal di Nha Trang. Pada zaman kegemilangannya, kerajaan Champa telah diIslamkan oleh pedagang Arab dan mempunyai hubungan dengan kerajaan Abbasiyyah di Baghdad dan juga membantu kerajaan Johor menentang Portugis di Melaka. Aku tidak berapa pasti sama ada mereka di Pulau Cham itu orang Islam. Orang Cham ini macam orang Jawa, masih kuat pengaruh Hindunya walaupun sudah Islam.


Bot sebagai pengangkutan utama untuk ke Pulau Cham. Di belakang adalah Pulau Cham. Kenderaan seperti motor sahaja boleh naik bot.

Aku bersembang pendek dengan salah seorang penjual air tebu di Hoi An. Apabila ditanya dari mana berasal, dia menjawab berasal dari Cham (singkatan untuk Champa). Tidak dijawabnya dari Vietnam kerana fikirku mereka tahu mereka telah dijajah.. :-S Aku tak sempat bertanya sama ada dia itu Islam kerana kesuntukan masa. Kami terkejar ke sana ke mari mencari barang atau tugasan untuk disiapkan.

Kumpulan aku tu memang dari awal dah tahu kalah. Geng-geng Thailand datang sini nak shopping, bukannya mencari harta karun.. Aku menyesal tak shopping sekali sebab harga di sini murah jika dibandingkan dengan Ho Chi Minh City. Aku pulak santai ambik gambar!!! LOL

Semasa perjalanan ke Hoi An, kelihatan bekas depot udara tentera Amerika semasa perang Vietnam dahulu. Di sekitar Da Nang, nampak kesan-kesan pertempuran berlaku. Di tengah kawasan-kawasan berpasir, kelihatan ada banyak lubang besar bekas kena bom. Sebuah candi tinggalan kerajaan Champa juga sedang diperbaiki setelah hancur kena bom.


Bekas depot udara tentera Amerika

Rumah-rumah orang Viet Nam sebenarnya unik. Bukaan depannya amat sempit, boleh muat sebuah kereta manakala panjangnya jauh ke belakang macam dua buah rumah teres kita. Kalau yang kaya dan mahukan rumah lebih besar, mereka buat sampai tiga tingkat! Tak tahulah aku kenapa mereka tak buat lebar lebih... LOL Mungkin geran tanah dia macam tu kot..


Rumah yang sempit dan memanjang di Viet Nam (gambar blur sbb bas laju...)

Satu keunikan lagi ialah di belakang rumah ada kubur!!!! :-O :-D Dulu, orang Viet Nam suka tanam mayat di halaman rumah mereka. Namun kerajaan Viet Nam tidak membenarkan lagi menanam mayat di belakang rumah dan kini disediakan tanah perkuburan khas macam di negara kita. Di sini, mereka macam orang Cina kuburnya. Jadi kira jiratlah. :->

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.