Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Ketupat sotong
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Ketupat sotong



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Sunday, 14-Sep-2008 22:31
Makanan Bulan Puasa 1429 - Hari Keempat Belas
Akhirnya, kutemui juga yang dicari-cari selama ini iaitu ketupat sotong. Memang susah nak cari juadah ini lebih-lebih lagi di KL. Yang aku jumpa ini dijual di bazar Ramadan Beserah, Kuantan.

Ketupat sotong merupakan pulut yang disumbat ke dalam sotong, dikukus seperti ketupat palas dan disediakan dengan kuah lemak putih. Tak tahu pula apa ramuannya tapi adalah nampak halia, halba dan bawang di dalamnya.

Di sini juga, kutemui kuih puff kaya. Memang sedap kerana teksturnya yang lembut, sama ada intinya di dalam ataupun kulitnya di luar. Masih sedap walaupun disimpan di dalam peti untuk hidangan sahur.

Bercakap pasal kawasan Beserah ini, di sinilah di antara kawasan yang boleh ditemui makanan asli Pantai Timur atau lebih tepat lagi masakan Terengganu. Kalau ke Indera Mahkota, makanan di sana sudah agak "ke-KL-an".

Sebenarnya banyak makanan asli Pantai Timur setelah dibawa ke KL hilang rasanya. Mungkin kesukaran mendapatkan bahan-bahan mentah asli terutamanya ikan. Kalau di Pantai Timur, ikan yang dibeli mesti baru dibawa naik dari laut. Jadi, banyak makanan asli Pantai Timur berkisar dengan ikan. Kalau inti, mesti ada ikan termasuklah pulut panggang aka pulut lepa, satar, otak-otak ataupun mini murtabak.

Kalau di Pantai Barat, inti berasaskan ikan diganti dengan yang lain. Contohnya pulut panggang yang berintikan isi kelapa parut yang berwarna kekuningan yang aku tidak berapa tahu ramuannya. Satu lagi otak-otak yang sudah lain teskturnya terutamanya otak-otak Kempas yang berwarna merah dan dah macam jelly. Aku tak berapa suka otak-otak Kempas yang dihasilkan secara mass production itu.

Hasil pembawaan makanan Pantai Timur ke Pantai Barat, juga wujud makanan 'baru'. Keropok goreng yang nipis berwarna keputihan itu bukan berasal dari Pantai Timur dan dulu langsung tidak ditemui di Pantai Timur (kini mungkin ada kerana pengaruh dari Pantai Barat yang pulang semula ke Pantai Timur). Asalnya keropok itu seperti keropok lekor namun digentel bulat besar sebelum dipotong nipis untuk membuat keropok keping ataupun keropok lejer (keropok yang bentuknya macam french fries).

Mungkin kerana keropok untuk keropok keping itu tahan lebih lama berbanding keropok lekor yang pastinya berbau sebelum sampai ke KL yang masa perjalanannya panjang iaitu selama 6-12 jam (sebelum adanya lebuhraya), ini dijadikan pilihan buat para penjual keropok. Di sana, keropok ini dihiris halus untuk memaksimakan keuntungan dan digoreng. Kalau dihiris kasar, rasanya mungkin seperti keropok lekor asli.

Keropok yang kelihatan lebih putih itu sebenarnya diletak banyak sagu berbanding ikan buat menjimatkan kos. Sayangnya trend ini semakin menjadi-jadi sekarang kerana kenaikan kos pengeluaran..








© Pidgin Technologies Ltd. 2016