Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Chicken Story di Bandung Indah Plaza (BIP)
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Chicken Story Bandung



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Thursday, 23-Oct-2008 13:42
Bandung Trip Part II
Sebenarnya taktik redah kami itu kurang berjaya. Guest house yang kami menginap nampaknya kurang dapat memberi maklumat yang kami kehendaki i.e. apa-apa yang murah e.g. teksi sewa murah, tempat makan paling best, tempat paling banyak barang-barang shopping etc. Akhirnya kami membayar pada harga yang biasa.. Banyak lagi cerita pasal ini menanti tapi biarkan bercerita dulu tentang hari kami mula-mula sampai di Bandung.

Patradissa Guest House yang kami tinggal itu sebenarnya tidak dapat memenuhi kehendak kami untuk berada empat malam di sana. Pekerja di situ berjanji untuk berusaha sedaya-upaya membantu kami (akhirnya tidak! - nantikan). Rupanya ramai juga rombongan Malaysia yang sudah menempah di situ.

Pada petang kami sampai, kami tidak ke mana-mana. Hanya ke Dago, ke shopping mall ataupun di sini dipanggil mal. Kami makan Chicken Story sebagai makan tengah hari kami yang terlewat. Ingatkan ayam di sini besar macam di http://strozze.fotopages.com/?entry=1272392(Wong Solo) namun kecil sahaja. Pun begitu, makanannya tetap sedap.

Chicken Story sebenarnya terletak di Bandung Indah Plaza (BIP). Selepas makan, kami masuk ke BIP, cucuk duit dulu sebab tak sempat nak jadi jutawan aka tukar duit di Malaysia. Aku keluarkan dua juta Rupiah. LOL Kami jalan-jalan ke Bread Talk dan masuk ke Hypermart untuk membeli sedikit alas perut.

Pada malamnya, kami tak keluar lagi sebab dah penat. Lagipun kami sampai ke hotel masa dah Maghrib. Makan malam dengan makanan yang dibeli tadi. Esok mahu ke Pasar Baru - main reason kami ke Bandung. :-D


Chicken Story di Bandung Indah Plaza (BIP)


Pandangan di hadapan BIP


Pandangan di dalam BIP


Now on Sale. Tengok di tepi jalan, Proton Wira jadi teksi di Indonesia..


Pasta, bukan makanan Itali dan sikat bukan hanya untuk rambut..


Holland Bakery di waktu senja - Bandung merupakan tempat berehat/bercuti para penjajah Belanda dulu.


Holland Bakery di tengah hari


Simpang berhampiran BIP

© Pidgin Technologies Ltd. 2016