Pada hari kedua, kami ke destinasi utama kami iaitu ke Pasar Baru untuk mencari telekung sembahyang dan tudung. Aku pulak beli kemeja, kopiah dan kompas kiblat. Senang sikit bila travel, supaya tak jadi macam di Vietnam dulu, main agak-agak je. Kadang-kadang hotel di Malaysia sendiri pun bukan main susah lagi nak cari anak panah kiblat. Macam main permainan mencari harta karun ataupun barang-barang tersembunyi pulak.. Takut offend guest kafir konon.. :-S
Untuk ke Pasar Baru, pengangkutan tak susah. Teksi pun senang untuk dicari. Pelbagai barang-barang terutamanya barangan muslimin dan muslimah dijual di sini dengan harga yang sangat murah berbanding dengan yang di Malaysia.
Selepas ke Pasar Baru, kami balik semula ke Dago. Pergi makan tengah hari di BMK tapi tak sedap langsung. Chicken Story lebih sedap.. Tengah-tengah makan, terdengar lagu yang best. Tanya pelayan di situ, itulah lagu kumpulan Drive, Bersama Bintang. Tak glamer pun grup ni di Malaysia.. Selepas makan, jalan-jalan sekitar Dago.
Di dalam Pasar Baru, Bandung yang baru hendak dibuka.
Kalau nak pergi haji, di sini banyak kelengkapan dijual.