Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Sebuah papan iklan di Bandung
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Sebuah papan iklan



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Thursday, 13-Nov-2008 09:07
Bandung Trip Part V
Kami ke Dago lagi untuk makan tengah hari. Tak ada idea, kami ke Chicken Story lagi. Selepas itu, shopping sikit. Kami beli seluar, buku dan beg troli extra - dah banyak barang nak bawa balik ni.. LOL Dahlah murah ada sale.. :-D Kami juga dapat cari CD Drive setelah disyorkan oleh sebuah kedai muzik yang tiada stok. Aku pun beli CD Matta juga. Harga CD kumpulan Indonesia tidak sampai separuh harga yang dijual di Malaysia. Cuma Airen tak dapat jumpa beg tangannya. (Khabarnya ada dijual di Rumah Moder atau singkatannya Rumah Mod yang kami skip :-S ).

Kami cuba mencari kalau-kalau ada hotel yang boleh kami inap malam nanti namun yang ada lebih daripada bajet kami. Aku telefon kawan-kawan dari Jakarta namun yang disyorkan masih mahal. Aku buntu tak tahu nak buat apa. Mungkin patut kami pergi ke Ciater seperti yang pernah disyorkan seorang rakan dari Jakarta semasa di Vietnam tempoh hari..

Aku pun dah bingung. Balik dululah ke hotel. Nanti fikirkan. Rasa macam percutian ni dah tak best lagi. Pening pun ada. Taktik main redah rupanya tak menjadi. Hotel yang dijangka dapat memberi maklumat nampaknya tidak seperti yang diharapkan. Banyak lagi tempat-tempat menarik yang kami terlepas. Bandung salah satu kelemahannya adalah tempat-tempat tarikannya agak jauh antara satu sama lain. Jadi, pelancong terpaksa mengeluarkan wang lebih sedikit untuk pengangkutan.

Sedang kami duduk memikirkan apa yang patut dilakukan, tiba-tiba datang seseorang yang boleh membantu kami. Seorang pemandu teksi yang membawa kami pulang dari Cihampelas tadi mempelawa kalau kami mahu ke Ciater. Sebenarnya aku bertanya dengannya berkenaan Ciater.

Aku yang dah tak boleh nak fikir apa, aku bersetuju saja. Nantikan entri seterusnya berkenaan Ciater. Rupanya tidak sia-sia kami ke Ciater! :-> :-)

p/s: teksi di sini pakai Vios. Vios terbaru.. cis.. tapi model dia Vios J la kot... basic dan gear manual.. :-D Teksi yang kami naik ke Ciater pula adalah Proton Wira..


Aquarius - tempat kami membeli CD


Sebuah papan iklan di Bandung


Pandangan hadapan teksi Vios


Pandangan belakang teksi Vios


KFC di Bandung


Plaza Dago, Bandung


Pizza Hut di Bandung


Astro Nusantara Indonesia yang kini sudah pun berkubur..


Sebuah jejambat di Bandung

© Pidgin Technologies Ltd. 2016