Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Pemandangan sewaktu naik ke Ciater
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Pemandangan sewaktu



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Monday, 17-Nov-2008 09:37
Bandung Trip Part VI
Setelah bersetuju dengan pemandu teksi itu, waktu itu juga kami terus bertolak ke Ciater. Katanya bakal mengambil lebih kurang satu jam. Sewaktu keluar dari kota Bandung, perjalanan mula mendaki bukit. Semakin terasa kedinginan udara di luar. Di Bandung sendiri memang sudah pun tanah tinggi, ini malah lebih tinggi. Sesekali terjumpa pekan-pekan kecil di tepi jalan. Semakin naik ke atas semakin banyak pokok-pokok teh ditanam.

Ciater ini umpama ke Cameron Highlandslah - udara dingin, ada pokok teh, strawberi tetapi ada satu keunikan iaitu hotspring atau air panas. Sebelum sampai ke Ciater, sebenarnya ada sebuah gunung berapi yang sudah tidak aktif yang dinamakan Tangkuban Parahu (nantikan entri seterusnya!).

Kami sampai di Ciater sudah agak petang. Ada banyak chalet murah di Ciater namun harus bayar lagi untuk ke kawasan rekreasi air panas yang terletak di Sari Ater Hotspring Resort. Jadi, cara terbaik dan lebih selesa sebenarnya walaupun bayar lebih sedikit ialah menginap terus di Sari Ater Hotspring Resort. Namun tidaklah mahal sangat dengan duit kita iaitu sekitar RM140 semalam untuk waktu hari bekerja. Hari minggu harganya lebih mahal.

Pelbagai aktiviti boleh diadakan di sini. Kira di sini sesuai untuk aktiviti-aktiviti team building. Yang paling menarik di sini adalah kolam air panas. Ada beberapa kolam disediakan untuk pengunjung di sini. Air panas itu berasal dari bawah tanah dan kalau mandi itu masih terasa belerangnya. Air ini bagus untuk penyakit kulit. Gatal kat perut aku sebab kulit menggelupas selalu duduk dalam aircond pun boleh baik.. :-> :-D Air panas ini juga disalurkan ke bilik-bilik air chalet. Jadi, tak perlulah pihak resort nak kena panaskan air macam hotel-hotel biasa tu.. :-D

Sila tunggu entri seterusnya untuk gambar-gambar aktiviti lain. :-)


Pemandangan sewaktu naik ke Ciater


Hutan pain mula kelihatan sewaktu mendaki ke Ciater


Pintu masuk ke Sari Ater Hotspring Resort


Antara kemudahan di Sari Ater. Sepeda = basikal.


Unit kecemasan dan gerai ole-ole di Sari Ater


Masjid di Sari Ater Hotspring Resort


Jenis chalet yang kami sewa - chalet berasaskan rumah tradisional etnik Indonesia


Chalet yang kami inap


Kolam air panas di Sari Ater Hotspring Resort


Analisis kimia air panas di Ciater


Air terjun panas di Ciater


Bangunan Restoran Kimannis


Sarapan pagi di Restoran Kimannis


Antara juadah pagi di Restoran Kimannis

© Pidgin Technologies Ltd. 2016