Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di Sari Ater
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Aktiviti aktiviti



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Thursday, 20-Nov-2008 15:24
Bandung Trip Part VII
Pagi itu selepas sarapan, apa lagi, kami pergi ke kolam air panas itulah! Kami rasa sudah awal tapi sudah agak ramai orang di situ. Orang Indonesia rupanya memang hari mereka bermula awal.

Kami sampai ke sana tapi aku terlupa pulak nak bawa goggle. Lalu aku balik bilik dulu berkeseorangan. Sampai saja di sana aku lihat Airen steady saja masuk dalam kolam panas itu. Aku pula terjengket-jengket kaki apabila menyentuh air panas itu. Tak tahan aku! Di sebelah aku pula ada beberapa budak kecil sudah pun berendam dalam air itu. Malulah aku macam ini. Aku cuba duduk tapi panas pula punggung ini.. :-D Akhirnya dapat juga merendamkan badan.. :-> Taktiknya, turun perlahan-lahan.. Memang rasa sensasi apabila di dalam suhu yang agak dingin, badan kita mula terasa panas air gunung berapi.. :-D Setelah lama, aku cuba berenang tetapi memang cepat penat. Mungkin kerana air yang panas dan juga mungkin udara yang tipis di tanah tinggi.

Setelah puas berendam, kami balik bilik. Bilas badan dulu. Selepas itu kami ke kebun strawberi pula. Nak petik strawberi ala-ala Cameron Highlands hari itu. Rupanya percutian kami semuanya ala-ala tanah tinggi berhawa dingin.. ;-) LOL

Di sini, kebun strawberi ditanam di dalam karung guni yang diisi tanah dan diletak di atas tanah. Buah yang besar dan ranum merah nampak berjuntai di tepi-tepi karung itu. Tak macam di Cameron Highlands semua pokok strawberi ditanam di atas para. Di sini, gunting diberikan buat memetik buah strawberi. Sewaktu kami petik strawberi itu, matahari sudah hampir tegak dan terik. Lain pulak rasanya petik buah strwaberi di bawah terik mentari. Nasib baik ada disediakan topi.. :-D

Nantikan entri seterusnya berkenaan lawatan ke gunung berapi dan romantik habis makan di Kampung Daun.. :-D


Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di Sari Ater


Aktiviti panjat tembok


Aktiviti berkuda


Banyak kuda untuk ditunggang


Aktiviti zirafah?


Main bola pun boleh di Sari Ater...


Replika buah strawberi


Banner kebun strawberi


Jambatan buluh ke kebun strawberi


Kebun strawberi petik sendiri


Rupa kebun strawberi


Buka 8 pagi hingga 4 petang


Jus strawberi juga ada dijual

Terima kasih buat semua yang telah komen. Kalau yang berkesempatan ke Bandung, memang saya rekemen habis tempat ini. :-D

Azue - samala.. masam jugak.. LOL
CT - zirafah tu patung la.. he he.. :->
Ziyyad - delman tu kereta kuda beroda dua.. (rujuk Kamus Dewan ni ha.. LOL ) tapi yg ni ni setahu saya - wisata tu melancong, wisatawan - pelancong, pramuwisata - pemandu pelancong, pariwisata - pelancongan e.g. menteri pariwisata - menteri pelancongan..

© Pidgin Technologies Ltd. 2016