Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Deretan kenderaan pengunjung di Tangkuban Parahu
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Deretan kenderaan



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Thursday, 27-Nov-2008 11:09
Bandung Trip Part VIII
Setelah puas beraktiviti di Sari Ater Hotspring Resort, kami daftar keluar dari hotel. Teksi yang membawa kami ke sini sudah awal-awal lagi sampai. Sebelum balik, aku 'menembak' beberapa shot yang tak sempat nak ambil sebelum ni.. :-D

Seperti yang telah dirancang dengan pemandu teksi itu, destinasi kami seterusnya adalah ke kawah gunung berapi yang sudah tidak aktif iaitu Tangkuban Parahu. Perjalanan turun lebih cepat daripada perjalanan naik. Jalan pun lebih lengang.

Sampai di suatu simpang, kami mula masuk ke jalan ke puncak Tangkuban Parahu. Perjalanan mendaki agak mencabar kerana banyak lopak di jalan. Hmm lantaklah, nasib baik bukan kereta sendiri.. LOL Biasalah di Indonesia ni, dulu di Jogja, supir atau pemandu di situ selalu mengeluh ini adalah kesan korupsi. Malaysia tak, Malaysia maju.. Hmmm ye ke? $-)

Di sebelah kiri kanan jalan, daun-daun pohon di hutan mula bertukar mengecil dan pokok bertambah renek, tanda kedudukan semakin tinggi. Cuaca pun semakin lama semakin dingin. Aku suruh pemandu teksi tu buka saja tingkap. Pakai aircond 'original'. Sesekali terpaksa pula tekup hidung apabila berselisih dengan van atau bas.. Hmmm :-S

Sedang kami mendaki naik dengan teksi, kami lihat ramai orang, kebanyakannya budak-budak sekolah berjalan kaki naik ke atas. Kalau kami, 'masak' tu.. Tentu capek dong! Rupanya bas rombongan mereka itu tidak dibenarkan naik ke atas. Ada satu tempat untuk meletak bas dan semua bas mesti berhenti di situ. Bertanyakan pemandu teksi, dia berkata jalan ke atas agak sempit dan di puncak nanti, kawasan parking terhad. Kenderaan berat juga boleh menyebabkan jalan rosak seperti di bawah tadi. Jadi, kenderaan berat tidak dibenarkan naik.

Sampai di sana, kelihatan ramai orang di puncak yang diseliputi kabus dan dingin itu. Sekarang pula cuti sekolah, jadi ramailah yang ke sana. Jauh di bawah, nampaklah kawah yang sangat besar itu. Ada sedikit gas putih kekuningan keluar sedikit di hujung kawah itu. Namun tidaklah bahaya di atas ini. Kalau dekat memang berbau ammonia, macam bau hancing dan boleh pengsan kalau terhidu gas ni. Di Jogja dulu, memang pergi dekat habis. Nampak kawah menggelegak. Hiyyy... :->

Satu perkara yang tak best di Indonesia ialah semua orang mahu cari makan. Sang pramuwisata (ha ha...!) atau pemandu pelancong mahu mencari pelanggan. Aku buat tak kisah je. Malas nak layan. Dalam malas nak layan, aku dengar juga apa yang dia kata. Tangkuban Parahu itu berasal dari bentuk puncak di situ yang seakan-akan perahu. Jadi, dari situ namanya menjadi Tangkuban Parahu.

Ada kemudahan asas di sini seperti tandas, surau, kantin, menara peninjau dan juga gerai-gerai cenderahati. Barang-barang di sini memang mahal kalau dibandingkan dengan yang di bawah. Aku beli la satu topi dengan skaf buat kenang-kenangan walaupun mahal.. isk.. isk.. :-S

Setelah puas di situ, kami pun turun. Perut dah lapar ni. Jadi, destinasi kami seterusnya ialah Kampung Daun. Satu menu di situ adalah Kangkung Sambal Balacan.. Tunggu..


Deretan kenderaan pengunjung di Tangkuban Parahu


Kabus di puncak Tangkuban Parahu


Kawah gunung berapi di Tangkuban Parahu


Lagi gambar kawah Tangkuban Parahu


Gas keluar dari kawah di Tangkuban Parahu


Besarnya kawah gunung berapi berbanding saiz manusia...


Pagar daripada batang pokok yang cantik dan unik


Kawah dari celahan pagar kayu


Kawah, gas, orang dan barisan gerai di Tangkuban Parahu


Salah satu kawasan meninjau di Tangkuban Parahu


Informasi tentang Tangkuban Parahu


Pengunjung lalu lalang di celahan gerai di Tangkuban Parahu


Papan tanda Tangkuban Parahu (itu bukan kami...)


Kantin Tangkuban Parahu


Surau di Tangkuban Parahu


Siar kaki di Tangkuban Parahu


Tempat letak motosikal di Tangkuban Parahu


Panorama Tangkuban Parahu


Lagi panorama Tangkuban Parahu

© Pidgin Technologies Ltd. 2016