Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Air terjun di Kampung Daun
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Air terjun Kampung



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Friday, 5-Dec-2008 15:40
Bandung Trip Part IX
Setelah turun dari puncak Tangkuban Parahu, pemandu teksi itu membawa kami ke Kampung Daun pula. Sebelum ke sana, kami berhenti sebentar di sebuah kawasan perhentian bas pelancong yang di sana ada sebuah kedai cenderahati. Apabila melihat tanda harga di situ, ternyata harganya jauh lebih murah daripada yang di atas puncak tadi. Pun begitu, kami tak terfikir pula untuk membeli kerana dah banyak cenderahati yang dibeli di kota Bandung.

Setelah melalui beberapa simpang sebelum ke Kampung Daun, kami melalui kawasan yang boleh dikatakan mewah di Indonesia. Banyak banglo didirikan di sini dan ada yang dimiliki oleh orang Malaysia. Tanahnya agak luas. Mungkin kebanyakannya dimiliki oleh orang-orang kaya Jakarta yang selalu datang bercuti ke Bandung.

Setelah beberapa minit, kami sampai ke Kampung Daun. Kampung Daun bukanlah sebuah kampung seperti yang ada di Malaysia. Kampung Daun merujuk kepada sebuah tempat makan yang agak besar kawasannya.

Apabila kami sampai, seorang pelayan di situ menyambut kami dan seterusnya membawa kami masuk. Suasana di sini sungguh tenang dan mendamaikan. Terdapat satu laluan pejalan kaki dan di kiri kanan laluan tersebut didirikan pondok-pondok untuk menjamu selera. Di setiap pondok ada beberapa lampu yang tidak berapa terang tetapi tidak pula malap yang mampu menaikkan suasana romantik. Juga terdapat sentuhan lembut langsir-langsir putih yang bergantungan di tepi-tepi pondok.

Para pelanggan makan dengan duduk bersila atau bersimpuh di sini. Ala-ala Jepun gitu. Disediakan juga bantal-bantal untuk bersandar dan juga tilam nipis buat menghilangkan lenguh di kaki. Kalau dah kenyang nanti, boleh tertidur di sini.. LOL

Di sesetengah pondok, ada anak sungai mengalir di bawahnya dan di tempat-tempat tertentu ada air terjun kecil. Terasa nyaman di sini dengan suasana sejuk dari air sungai tersebut di samping rimbunan hijau pokok-pokok. Bunyi air sungai yang mengalir itu umpama halwa telinga buat kami menghilangkan penat setelah berjalan jauh.

Menu-menu di sini agak standard berbanding dengan menu-menu di restoran-restoran Indonesia, hatta yang ada di Malaysia sekalipun. Aku memesan masakan kegemaranku iaitu ikan Gurame goreng yang dibelah dan setelah digoreng bentuknya macam kipas itu. Airen yang tak makan ikan air tawar pun berkata sedap ikan tu.. LOL
Gurame adalah ikan emas yang berwarna hitam. Ha ha.. orang kita tak tergamak makan ikan emas tu.. LOL Tapi yang ini lain.. :-D Ada juga menu Kangkung Balacan. Ini masakan Malaysia ni, dah sampai ke Indonesia...? Belacan dieja balacan.. Loghat Sunda ke ni?

Dapur masakan bukanlah berpusat (centralised) tetapi ada di merata-rata antara pondok-pondok tersebut. Ada yang bakar ikan, ada yang masak ayam dan ada juga yang masak makanan ringan untuk kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, rasa masakan di sini bukanlah hebat sangat. Harganya pun agak mahal macam makan di KL. Pun begitu, suasana yang membuatkan Kampung Daun unik daripada yang lain. Kalau dah ke Bandung tu, bolehlah datang ke sini sekadar untuk pengalaman, dah alang-alang datang jauh tu.. :-D

Kalau ikutkan kami, mahu kami duduk lama lagi di sini sambil melepak duduk di tilam dan bantal empuk di pondok tu. Tapi kerana kesiankan pemandu teksi yang menunggu lama, kami pulang dulu. Nanti nak cari hotel (bajet) lagi untuk menginap malam nanti.

Adios Bandung. Tamatlah cerita Bandung...

p/s: Malamnya kami dapat mencari hotel, malah lebih murah daripada yang sebelum ini.. $-) :-S :-)


Pandangan selepas pintu masuk di Kampung Daun


Air terjun di Kampung Daun


Laluan ke pondok-pondok makan di Kampung Daun


Lagi air terjun di Kampung Daun


Sebuah pondok di Kampung Daun


Sebuah pondok yang terletak bersebelahan air terjun


Pondok yang kami duduk makan di Kampung Daun


Pandangan dari dalam pondok di Kampung Daun

© Pidgin Technologies Ltd. 2016