Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Papan tanda berbahasa Cina di Sibu
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Papan tanda berbahasa



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuesday, 27-Jan-2009 14:24
Sarawak Trip Part IV - Keunikan Sibu
23 Julai 2008

Setelah agak lama tidak dikemaskini, kini aku sambung kembali (dan tengah mencari laman alternatif untuk album online aku ini - yang lain semua kena bayar kecuali Fotopages ini.. Hmm..)

Ada banyak keunikan Sibu sebenarnya namun tidak sempat kerana waktu yang singkat. Ada beberapa perkara tentang Sibu yang aku ingin kongsikan.

Jalan-jalan di sini ada tulisan Cina di samping tulisan Bahasa Malaysia. Ini yang menjadi kontroversi di Pulau Pinang tahun lepas kerana mahu diadakan tulisan Cina di papan-papan tanda jalan. Aku sebenarnya tidak bersetuju sangat dengan papan tanda pelbagai bahasa ini kerana kita hanya perlukan satu bahasa yang boleh difahami oleh semua orang. Lihat ada sesetengah negara, mereka tak pedulikan bahasa asing. Papan tanda mereka hanya dalam bahasa kebangsaan sendiri macam di Jepun, Perancis ataupun Jerman. Lantaklah pelancong tak faham. Nak faham, belajarlah bahasa-bahasa itu.

Di Sibu ini majoritinya penduduk berbangsa Cina. Banyak taman-taman bertemakan budaya Cina yang dibawa oleh para pendatang yang mula-mula sampai ke sini dulu.

Di Sibu juga banyak piring satelit di rumah-rumah. Pada mulanya aku ingat undang-undang di sini berlainan daripada Semenanjung namun menurut seorang yang kutemui, ini sebenarnya tetap salah namun tiada penguatkuasaan. Jadi, banyak rumah memasang piring-piring satelit macam di Indonesia. Mereka banyak menala piring mereka ke satelit-satelit dari China dan Taiwan untuk menerima siaran dari sana. Bankraplah Astro di sini...

Selain itu, di sebuah kilang yang kulawati, kutemui ada disediakan sebuah kedai runcit. Senang untuk para pekerja membeli barang keperluan di sini. Ada juga disediakan kuarters. Tidak susah lagi bagi mereka kerana jarak kilang dengan bandar agak jauh.

Berakhir sudah entri untuk Sibu. Nantikan entri di Kuching pula.. :-D

Senang-senang, lawatilah http://strozze.blogspot.com(strozze.blogspot.com)


Papan tanda berbahasa Cina di Sibu.Perhatikan longkang penuh dengan air tanah kerana baru saja dilanda banjir kilat.


Satelit untuk menerima siaran luar negara di Sibu


Sebuah kedai runcit di sebuah kilang di Sibu


Lapangan terbang Sibu

© Pidgin Technologies Ltd. 2016